Sunday, October 7, 2007

Lailatul Qadr.


Di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini kita sering mendengar bahawa pada bulan ini terdapat satu malam yang paling istimewa yang telah disediakan oleh Allah untuk semua ummat islam. Inilah keistimewaan ummat Nabi Muhammad s.a.w yang mana keistimewaan ini dijamin oleh Allah S.W.T

Firman Allah yang bermaksud:
1. Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Malam kemuliaan dikenal dengan malam Qadr yaitu suatu malam yang penuh kemuliaan, kebesaran,yang mana pada malam ini segala rahmat dan keampunan serta ganjaran daripada
Allah SWT dipanjatkan ke atas ummat Muhammad yang melakukan ibadah demi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Biasa kita dengar bahawa malam ini akan digandakan amalan-amalan dengan ganjaran seribu bulan. Akan tetapi pada malam Qadr ini sebenarnya lebih baik daripada seribu bulan, maka bagi mereka yang berkesempatan melakukan ibadah maka berbahagialah mereka dan mereka akan menikmati ganjaran daripada Allah SWT. Jadi sama-samalah kita merebut ganjaran yang diberikan Allah kepada kita, marilah kita memperbanyakkan amalan, khususnya pada akhir ramadhan ini yang dijanjikan kepada kita denga ganjaran yang begitu banyak, yang mana ganjaran ini hanya untuk ummat Nabi Muhammad yang beriman, berteqwa, serta beramal solleh kepada Allah SWT.

No comments: